Syukur pada Allah Taala. Dialah Tuhan yang memberi rezeki, Pemerintah dan Pemelihara sekalian alam. Alah jua yang memberi kekuatan pada jari-jari menekan butang kekunci. Allah jua yang memberi izin untuk tangan memegang "mouse" komputer. Allah jua yang membenarkan saya dan semua manusia dapat bernafas... Allah Maha Pemurah..
Nak sambung sikit pasal solat jamaah. (rujuk part 2) Masjid adalah tempat paling suci di atas mula bumi. Masjid adalah rumah Allah. Masjid juga adalah hati bagi sesuatu kawasan.. kalau kampung, kampung lah ..kalau bandar, hati bagi bandar tu adalah masjid. Masjid lah tempat paling mudah untuk semua orang Islam berkumpul. Lagi ramai datang solat berjamaah, lagi baik.
Waktu berdiri dalam solat, imam di depan jamaah. Ahli jamaah semua kena taat imam solat. Bila waktu rukuk, diperhatikan bahawa imam merendahkan kepala hingga separas pinggul. .......Kalau sesape yang perasan... kat mana semua makmum merendahkan kepala mereka?..... kepala makmum berada betul-betul di belakang pinggul imam. Bagi yang berdiri di saf kedua, semua kepala mereka berada tepat di belakang pinggul makmum di saf pertama, dan seterusnya.....
Waktu sujud pulak, sebab apa kena tegakkan tumit dan menghalakan tapak kaki ke belakang? Sebabnya, bila sujud, imam menegakkan tumit, kepala makmum di belakang berada betul-betul kat tapak kaki imam....... orang kat "second saf" pun, kepala diorang betul2 kat tapak kaki oang kat "first saf". Boleh imagine kot?
Itulah kekuatan solat berjamaah ..... rahsia tersirah untuk lebih rendahkan diri di hadapan Allah yang Maha Tinggi.
Setakat nak mengajak manusia berfikir je.... Betul juga sabda Nabi yang bunyinya lebih kurang, kalau tak salah saya.... Kalau umatku tahu ganjaran solat berjamaah, mereka akan pergi, walaupun dalam keadaan merangkak..
Dah lama tak sambung blog, sibuk skit. Sibuk dengan hal dunia... Allahuakbar. Teringat dulu-dulu masa kat Malaysia. banyak orang bagi nasihat tentang pentingnya jaga study untuk dapatkan keredhaan Allah Taala. Ini antara cerita/nasihat daripada orang-orang yang pernah buat usaha agama semasa belajar. Pesan mereka, letakkan niat untuk agama di nombor satu, letakkan niat untuk study pun nombar satu jugak. So, dua-dua tak boleh diabaikan.
Dengan asbab studi kita yang cemerlang, ramai boleh dapat hidayat.... Imbas kembali zaman Nabi Musa Alaihissalam. Pada masa tu, manusia pakar dalam sihir-sihir dan Firaun pun memiliki ramai ahli-ahli sihir. Untuk menyampaikan dakwah Nabi Musa Alaihissalam kepada Firaun, maka Allah Taala telah mengurniakan mukjizat kepada Musa berupa sesuatu yang bukan sihir tetapi dapat melawan sihir-sihir. Dengan asbab sebatang tongkat yang menelan ular-ular sihir, maka semua ahli sihir Firaun pada pada ketika itu beriman pada Allah Taala.
Zaman Rasulullah SallaLlahu alaihi wasallam pula, bangsa Arab sedang mabuk dngan syair-syair. Pegaruh syair pada ketika itu sangat kuat sehingga wujud pertandingan dikalangan penyair-penyair Arab. Apabila Allah Taala mengurniakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w berupa sesuatu yang dapat melawan syair-syair iaitu Al Quran al Karim, maka ada beberapa manusia yang Allah berikan hidayat.
Zaman sekarang adalah zaman yang penuh dengan ilmu, so, orang berlumba-lumba dengan ilmu. Bilamana orang Islam dapat menguasai ilmu maka InshaAllah datang kegerunan pada orang kafir. Dengan inmudah-mudahan Allah Taala Yang Maha Pemurah dapat mengembalikan kegemilangan Islam sama macam zaman nabi dulu.
So sekarang ni, close browser ni, pegi ambik buku, studi, jangan nak malas-malas ...... Study sampai boring... Semoga Allah bagi saya dan semua, kefahaman dalam agama. Moga semangat aku nak studi tu datang ballik.. asyik malas je bila nak berubah?
Solat adalah perintah Allah. Nabi SAW amat menekankan solah kepada para sahat RA. Malahan solat berjamaah amatlah ditekankan sehingga Nabi SAW masih lagi mahu menunaikan solat secara berjamaah ketika penghujung hayat Baginda. Dipimpin oleh dua orang sahabat, Nabi SAW menuju ke masjid. Ada juga disebutkan bahawa Baginda pengsan beberapa kali sewaktu mengambil wuduk. Diarahkan Abu Bakr untuk mengimami solat. Ini yang ditunjukkan kepada kita bahawa solat berjamaah adalah sunnah Rasulullah SAW.
Dengan solat berjamaah, kita diajar untuk mengikut imam dan tidak boleh mendahului perbuatan imam. Solat dengan beramai-ramai dengan mengikut satu imam, inilah wujudnya sifat bersatu-padu ntara muslim. Segala perlakuan dalam solat dibuat serentak mengikut rukun2 solat. Dalam sehari, berlaku 5 kali solat berjamaah,maka berulang 5 kali perpaduan umat dalam sehari. Kalau hari ini, semua nak solat kat rumah je , mana perpaduannya?? Dalam sehari 5 kali umat Islam berpecah (sebab tak solah jemaah), ade ke potensi nak satukan 2 billion umat Islam untuk beberapa puluh tahun......? Nak satukan muslimin satu kampung, taman, university pun belum tentu lagi....sebab masing masing buat hal sendiri...dengan solat sorang2.
Kalau hari-hari praktis datang masjid untuk solat berjamaah, dengan mudahan Allah akan menyatukan hati2 umat ni dalam keadaan yang disukai oleh Allah Taala.
Ini la nak kena risaukan. Tuan2 yang ade sedikit kerisauan ni, marilah ajak member2 ke, sedara mara ke, ajak diorang sama2 pergi masjid solat berjamaah...Ala bukan jauh sangat...Sambil2 tu berkenalan dengan saudara seIslam. Wujudkan kasih sayang dengan mereka. Mudahan Allah Taala suka dengan perbuatan kita dan memberikan ganjaran atas apa yang kita buat. Amin
Segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan pada ciptaan-Nya untuk bernafas lagi hari ini, dapat menggerakkan jari-jemari menekan papan kekunci.
Sekadar mengingatkan diri sendiri, rasanya ingin ditulis benda-benda yang dah lama bermain kt kepala otak ni...ish tak best la plak bahasa skema....orait. Alhamdulillah hari ni ramai orang Islam nak tengok Islam bangun kembali, ramai nak tengok Islam jadi maju, ramai nak tengok dan ingin umat Islam bersatu. Satu matlamat yang bagus dan jelas. Dah ada halatuju...
Ramai pulak kata, bila nak maju, kena ada ekonomi kukuh, kena ada undang-undang Islam, negara Islam. Setuju. Semua betul belaka. Ada ulak yang kata kita kena lawan orang kafir dalam semua hal. Betul tu. Tapi, selagi mana kita melengahkan perintah Allah, maka belum ada kejayaan di situ.
Thesis statement: Umat Islam tidak bersatu sebab meninggalkan solat berjamaah.
fikir seketika tentang statement nih................
[b]Vinegar[/b] was also a food Prophet Mohammad (PBUH) used to eat with olive oil. [That's now a fashion in expensive Italian Restaurants ;)]
[b]Milk:[/b] The Prophet(SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, increases the brain, augments intelligence, renews vision and drives away forgetfulness.
[b]Honey:[/b] Considered to be the best remedy for diarrhea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm, as a meat preservative, hair conditioner, eye salve and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water and is also a Sunnah.
[b]Olive oil:[/b] excellent treatment for skin and hair, delays old age, treats inflammation of the stomach
[b]Mushroom:[/b] The Prophet(SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes, it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.
[b]Grapes[/b]: The Prophet was very fond of grapes, it purifies the blood, provides vigour and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.
[b]Dates: [/b]The Prophet(SAW) said that a house without dates has no food, also to be eaten at the time of childbirth.
[b]Figs:[/b] It is a fruit from paradise and a cure for piles.
[b]Barley:[/b] Good for fever in a soup form
[b]Melon:[/b] Melon contains 1000 blessings and 1000 mercies, The prophet SAW said "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring who are good in countenance and good in character.
[b]Pomegranate:[/b] The Prophet(SAW) said it cleanse you of Satan and evil aspirations for 40 days.
[b]Water:[/b] the Prophet(SAW) said the best drink in this world and the next is Water, when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.
So praise be to our beloved Nabi(SAW) who related us with marvelous knowledge which dazzles the wisest minds. May this information be beneficial to all of us Insha Allâh.
Ini adalah e-mail yg di'forward' oleh seorang sahabat:
Assalamuala'ikum wrt. 4 PERKARA SEBELUM TIDUR (Tafsir Haqqi)
Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu, 1. sebelum khatam al-Quran 2. sebelum membuat para nabi memberi syafaat di akhirat 3. sebelum para muslimin meredhai mu 4. sebelum melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah, bagaimana mungkin aku dapat melakukan 4 perkara itu seketika?"
Rasulullah saw tersenyum dan bersabda, "Jika hendak masuk tidur 1. bacalah surat Al-Ikhlas 3 kali, ini seakan akan kamu mengkhatam Quran. 2. bersalawat untuk ku dan para nabi sebelum ku, maka kami akan memberi syafaat di hari akhirat 3. beristighfar untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu 4. perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".
Untuk ingatan bersama, dan amat elok disebarkan pada saudara muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat adalah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya.. Wallahua'lam.
Sekarang ni masyarakat Malaysia sibuk dengan pilihanraya..kempen sana, kempen sini untuk dapat sokongan. Tak kira siang, malam, pagi, petang, hujan, panas, ribut, taufan, semua bukan jadi penghalang untuk ajak orang pangkah calon-calon parti mereka.
Alangkah baik kalau sikap ni diteruskan tapi dalam jalan yang diredhai dan disukai oleh Allah Taala iaitu jalan dakwah. Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, seorang yang tabah, tidak putus asa untuk ajak manusia beriman kepada Allah dan tinggalkan ajaran nenek moyang kaum jahiliyah. Rasulullah sanggup dibaling dengan najis, direjam dengan batu ketika di Thaif, dipulaukan....semata-mata nak menyelamatkan umat ni daripada neraka dan masukkan umat ini ke dalam syurga Allah Taala.
Ummat ni telah diberikan nikmat oleh Allah Tala untuk sambung kerja nubuwwwah yang sangat mulia ni, mengajak kepaa makruf dan mencegah yang mungkar. Dengan sikap yang ada pada umat ni.....sanggup redah panas hujan....pasti Allah Taala akan kurniakan kejayaan pada ummat ni seperti mana umat yang Allah iktiraf dalam al-Quran sebagai ummat yang terbaik.
Bangunlah wahai manusia, inila kerja kita, kerja ummat ini.... sediakan diri, masa dan harta tuan-tuan untuk dikobankan di jalan Allah.
Semoga saya dan tuan-tuan dapat ambil iktibar supaya dapat diamalkan dan disampaikan. Assalamualaikum
[b]Melayu:[/b] "Kejayaan manusia di dunia dan akhirat adalah dengan mentaati segala perintah Allah Ta'ala sesuai dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam). Atas maksud ini, insha' Allah, kita semua azam dan usaha sungguh-sungguh untuk beri masa, diri dan harta kita ke Jalan Allah."
[b]English:[/b] “The success of mankind in this world and the hereafter is by obeying all the commands of Allah Most High in accordance with the way shown by the Prophet (sallalaahu alayhi wasalam). For this sole purpose, all of us must strive to our utmost with our time, self and wealth in the Path of Allah, insha'Allah."
[b]Urdu:[/b] "Imaan au yakeen ki bath hogi. Aap sab tashrif rak khain, insha'Allah, barla faida hoga."
[b]Pushto:[/b] "Ha duniya au akhiraat kamiyabi pa deen ki dha. Muntadha Allah Ta'ala hukumuna dho Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) pa tareeka purakhol pakardi"
[b]Bangla:[/b] “Manushe duniya ebonk akhirate shopolata ekmatro deenir mothey. Duniya ahkirate kamiyabi Allah Ta'ala hukum manor mothey ebonk Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) ir tarika cholar manthey."
Ada seorang pemuda yang sedang belajar di luar negara. Si pemuda tadi, sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara adalah seorang anak yang taat dan hormat pada ibunya. Apa saja permintaan ibunya ditunaikan. Ini membuatkan si ibu sangat sayang pada anaknya.
Setelah tamat pengajian si anak di luar negara...maka dia pun pulanglah ke tanah air . Dia telah berubah sikap. Dia tidak pedulikan si ibu. Sekarang si anak telah tidak lagi taat pada ibunya. Semua arahan ibunya dibantah sekeras-kerasnya. Si ibu menangis dan sedih atas sikap anaknya yang derhaka. Tapi ibu mana yang tak sayangkan anak........
Atas sikap anaknya yang biadap itu, maka seluruh kawasan di situ tahu dan juga benci atas sikap si anak. Maka suatu hari, si anak telah dipukul dan dibelasah teruk oleh sekumpulan samseng. Pulang saja ke rumah, di ibu terkejut dan terus merawat luka-luka si anak. Anaknya nampak lebih menghormati si ibu bila anaknya sakit. Ditanya si ibu,
"Siapa yang belasah kamu ni anakku?"
"Samseng kampung sebelah, mak"
"Kamu tunggu sini...." Si ibu terus mendapatkan samseng-samseng itu. Kata si ibu,
"Apa yang anak aku buat, sampai korang belasah dia?"
"Bukan kami yg carik pasal, dia yang mula dulu, memang teruk la perangai dia makcik"
"Sekarang kamu amik sikit duit ni pasal belasah anak aku." Kata si ibu sambil menghulurkan sejumlah duit.
"Kenapa makcik.....?", tanya si samseng.
"[b]Sebab bila anak aku sakit, masa tu lah dia jadi baik, nanti bila dia jahat lagi, aku nak korang belasah dia lagi, boleh?"[/b]
************************* * Sebenarnya cerita rekaan ni saja nak menggambarkan kisah umat Islam hari ni. Hari demi hari ramai manusia ingkagr pada Allah. Perintah Alah tidak ditunaikan dengan sempurna. Umat Islam banyak langgar perintah Allah.
Bilamana hal ni berlaku, maka Allah telah turunkan musibah bagi umat Islam. Contohnya, umat Islam ditindas, Palestin dirampas, perang sana sini. Realitinya..bila hal camni berlaku. semua orang Islam mula solat hajat, minta doa pada Allah supaya selamatkan umat Islam. Umat ni dah kembali pada Allah. Tapi bila kita lupa pada Allah, Allah boleh turunkan lag musibah supaya kita dapat peringatan. Sebabna bukan orang kafir yang benci Islam, sebabnya ialah kita yang ingkar pada Allah. Olet itu saya dan tuan-tuan kena azam nak amalkan keseluruhah agama dalam kehidupan dan ajak orang lain (member2, ahli keluarga, lecturer, masyarakat) amalkan agama. Islam bukan untuk kita sorang je..Islam untik seluruh umat manusia sampai hari kiamat.
Sempga apa yg baik dapat diambil pengajaran dan disampaikan kepada mana-mana individu lain.
Setiap orang atas muka bumi ni pasti pernah pergi membeli belah, sama ada online atau di store. Dan kebanyakan orang sebelum pergi shopping tu dia dah pikir apa yang dia nak beli, jenis apa, brand, saiz dsb. Bila sampai je kat store, dia terus je pergi kat bahagian yg berkenaan, ambil, bayar dan balik rumah.
Bila sampai je kat rumah, dalam kotak tu ada barang yang dia beli dan disertakan sekali dengan manual pengguna (user's guide) yg dikasi oleh manufacturer. Sebab apa kena ada user's guide padahal dia nakkan barang tu je??? Bila dibukak je user's guide tu, kat dalam ada ditunjuk cara-cara macamana nak guna barang tu. Apa benda yg boleh dan tak boleh. Pastu ditunjuk cara nak perbaiki barang tu kalau rosak.....dan ada jaminan utk tempoh2 tertentu.
So, si pembeli tadi pun gunalah barang tu macam mana yg ditunjuk dalam guide. Soalannya di sini, APA AKAN JADI KALAU DIA TAK IKUT MANUAL TU DAN DIA GUNA IKUT SUKA HATI DIA JE ??? Of course benda tu akan rosak dan terus dibuang.....si pembeli dah tak pandang lagi barang tu.
Itulah perumpamaan hidup di muka bumi ni. Maksudnya di sini, si pembeli tu adalah diri kita, barang tu adalah kehidupan dan user's manual adalah AL QURAN dan SUNNAH. Kita mesti ada terfikir apakah cara hidup yang kita akan amal seperti mana si pembeli tadi pikir apa barang nak beli.
Bila kita pilih Islam sebagai cara hidup, panduan kita adalah AL QURAN dan SUNNAH yg datang daripada ALLAH SUBHANAHUWATAALA dan RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.
Soalan tadi: APA AKAN JADI KALAU DIA TAK IKUT AL QURAN DAN SUNNAH DAN DIA BUAT IKUT SUKA HATI DIA JE ??? Of course hidup dia akan rosak dan terus dibuang. Tapi, jaminan masih ada, ALLAH SUBHANAHUWATAALA Maha Pengampun. ALLAH Maha mengasihani.
Macamana nak amal AL QURAN dan SUNNAH? Untuk amal segala perintah ALLAH, kena ada kekuatan dan keinginan. Kekuatan itu datang daripada yakin yang sebenar2nya kepada ALLAH. ALLAH yang beri rezeki, ALLAH yang beri kenikmatan. ALLAH yang beri manfaat dan mudarat.
Untuk dapat iman yakin yang betul pada ALLAH kena ada usaha yang berterusan. SO, apa tunggu lagi, kena bagi masa untuk uaha atas iman supaya ALLAH terima usaha kita dan ALLAH redha ke atas kita. Isya ALLAH.
Semoga ALLAH memberi kta semua hakikat iman. Semoga saya dan pembaca2 sekalian dapat ambil iktibar agar dapat amal dan sampaikan.
Alhamdulillah, Allah yang menjadikan tujuh petala langit an tujuh petala bumi, tidak ada sesuatu yg dapat menandingi kekuaaan Allah. Dengan izin Allah, maka dapat juga aku menyambut hari ke 10 dalam bulan Zulhijjah, hari Aidiladha ...org melayu lebih sinonim dgn Raya haji. Terkejut aku pagi semlam pasal Ali (roommate aku) aku bagitau yg kt Mina skrg lebih 100 orang jemaah haji terkorban sebab berasak2 waktu melontar. Dengan ketetapan Allah, tiada satu pun jemaah dari Malaysia yg cedera. Alhamdulillah, risau jugak abah ngan mak aku kt sana...sape tk sayang mak ayah oiii...... Solat sunat aidiladha diadakan di Cuyahoga Community College dengan kehadiran dari muslimin dan muslimat seluruh Cleveland. Semua bertakbir memuji Allah. Mungkin itu saat aku banyak menyebut nama Allah. Masa lain, apa aku sebut pun ntah la....kekadang benda yg salah pun keluar dari mulut, astagfirullah. Itu la, ramai orng dh cakap, selagi hati ingat pada Allah, maka seluruh anggota, mata telinga tangan kaki akan taat pada Allah dan buat apa yg Allah suka dgn cara nabi (sunnah).Kalau hati dah jauh lari drpd Allah, maka terasa ringan utk ingkar pd perintah Allah. Ya Allah, tetapkan hatiku supaya dapat mengingatimu setiap detik masa berlalu.....amiin.
Alhamdulillah, Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, tidak ada sesuatu yg dapat menandingi kekuaaan Allah. Dengan izin Allah, maka dapat juga aku menyambut hari ke 10 dalam bulan Zulhijjah, hari Aidiladha ...org melayu lebih sinonim dgn Raya haji. Terkejut aku pagi semlam pasal Ali (roommate aku) aku bagitau yg kt Mina skrg lebih 100 orang jemaah haji terkorban sebab berasak2 waktu melontar. Dengan ketetapan Allah, tiada satu pun jemaah dari Malaysia yg cedera. Alhamdulillah, risau jugak abah ngan mak aku kt sana...sape tk sayang mak ayah oiii...... Solat sunat aidiladha diadakan di Cuyahoga Community College dengan kehadiran dari muslimin dan muslimat seluruh Cleveland. Semua bertakbir memuji Allah. Mungkin itu saat aku banyak menyebut nama Allah. Masa lain, apa aku sebut pun ntah la....kekadang benda yg salah pun keluar dari mulut, astagfirullah. Itu la, ramai orng dh cakap, selagi hati ingat pada Allah, maka seluruh anggota, mata telinga tangan kaki akan taat pada Allah dan buat apa yg Allah suka dgn cara nabi (sunnah).Kalau hati dah jauh lari drpd Allah, maka terasa ringan utk ingkar pd perintah Allah. Ya Allah, tetapkan hatiku supaya dapat mengingatimu setiap detik masa berlalu.....amiin.
hari ni Khamis. Aku bangun awal dgn izin Allah subhanahuwataala, solat subuh n taip blog hari ni. kekadang taktau apa nk buat bila masa byk sangat. Hari ni kelas cuma 1 jam, tu pun kelas PE volley 1.15. And one lab assignment should be submitted. Aku byk masa free skrg ni. Allah bagi masa kpd manusia utk digunakan pd jalanNya, sebab diakhirat nanti, tidak akan berganjak kaki anak Adam kecuali selepas disoal mengenai empat perkara; masa hidup, masa muda, harta,dan ilmunya. Ya Allah, berilah taufiq hidayat kepadaku agar aku dpt sempurnakan tanggungjawabku & selamatkan umat ini drpd azabMu
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani. hanya dialah satu2nya tempat meminta pertolongan. Satu2nya pemberi rezeki kepada semua makhluk di muka alam, yg kelihahatan maupun tidak.
Ni blog aku yg first, sesaje try kot2 best. :lol: Harap2 boleh jadi sesuatu yg bermanfaat & tk menyusahkan aku.