Life has just begun


Blog For Free!


Archives
Home
2004 August
2004 June
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January

My Links
CaMaR@Case
Case
Usrah CaMaR
Hafizbar

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Think About It [part 4]
06.19.04 (9:50 pm)   [edit]
Bismilahirrahmanirrahim

Syukur pada Allah Taala. Dialah Tuhan yang memberi rezeki, Pemerintah dan Pemelihara sekalian alam. Alah jua yang memberi kekuatan pada jari-jari menekan butang kekunci. Allah jua yang memberi izin untuk tangan memegang "mouse" komputer. Allah jua yang membenarkan saya dan semua manusia dapat bernafas... Allah Maha Pemurah..

Nak sambung sikit pasal solat jamaah. (rujuk part 2)
Masjid adalah tempat paling suci di atas mula bumi. Masjid adalah rumah Allah. Masjid juga adalah hati bagi sesuatu kawasan.. kalau kampung, kampung lah ..kalau bandar, hati bagi bandar tu adalah masjid.
Masjid lah tempat paling mudah untuk semua orang Islam berkumpul. Lagi ramai datang solat berjamaah, lagi baik.

Waktu berdiri dalam solat, imam di depan jamaah. Ahli jamaah semua kena taat imam solat. Bila waktu rukuk, diperhatikan bahawa imam merendahkan kepala hingga separas pinggul. .......Kalau sesape yang perasan... kat mana semua makmum merendahkan kepala mereka?..... kepala makmum berada betul-betul di belakang pinggul imam. Bagi yang berdiri di saf kedua, semua kepala mereka berada tepat di belakang pinggul makmum di saf pertama, dan seterusnya.....

Waktu sujud pulak, sebab apa kena tegakkan tumit dan menghalakan tapak kaki ke belakang?
Sebabnya, bila sujud, imam menegakkan tumit, kepala makmum di belakang berada betul-betul kat tapak kaki imam....... orang kat "second saf" pun, kepala diorang betul2 kat tapak kaki oang kat "first saf".
Boleh imagine kot?

Itulah kekuatan solat berjamaah ..... rahsia tersirah untuk lebih rendahkan diri di hadapan Allah yang Maha Tinggi.

Setakat nak mengajak manusia berfikir je.... Betul juga sabda Nabi yang bunyinya lebih kurang, kalau tak salah saya.... Kalau umatku tahu ganjaran solat berjamaah, mereka akan pergi, walaupun dalam keadaan merangkak..

 
Think About It [part 3]
06.18.04 (10:57 pm)   [edit]
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum

Dah lama tak sambung blog, sibuk skit. Sibuk dengan hal dunia... Allahuakbar.
Teringat dulu-dulu masa kat Malaysia. banyak orang bagi nasihat tentang pentingnya jaga study untuk dapatkan keredhaan Allah Taala. Ini antara cerita/nasihat daripada orang-orang yang pernah buat usaha agama semasa belajar. Pesan mereka, letakkan niat untuk agama di nombor satu, letakkan niat untuk study pun nombar satu jugak. So, dua-dua tak boleh diabaikan.

Dengan asbab studi kita yang cemerlang, ramai boleh dapat hidayat.... Imbas kembali zaman Nabi Musa Alaihissalam. Pada masa tu, manusia pakar dalam sihir-sihir dan Firaun pun memiliki ramai ahli-ahli sihir. Untuk menyampaikan dakwah Nabi Musa Alaihissalam kepada Firaun, maka Allah Taala telah mengurniakan mukjizat kepada Musa berupa sesuatu yang bukan sihir tetapi dapat melawan sihir-sihir. Dengan asbab sebatang tongkat yang menelan ular-ular sihir, maka semua ahli sihir Firaun pada pada ketika itu beriman pada Allah Taala.

Zaman Rasulullah SallaLlahu alaihi wasallam pula, bangsa Arab sedang mabuk dngan syair-syair. Pegaruh syair pada ketika itu sangat kuat sehingga wujud pertandingan dikalangan penyair-penyair Arab. Apabila Allah Taala mengurniakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w berupa sesuatu yang dapat melawan syair-syair iaitu Al Quran al Karim, maka ada beberapa manusia yang Allah berikan hidayat.

Zaman sekarang adalah zaman yang penuh dengan ilmu, so, orang berlumba-lumba dengan ilmu. Bilamana orang Islam dapat menguasai ilmu maka InshaAllah datang kegerunan pada orang kafir. Dengan inmudah-mudahan Allah Taala Yang Maha Pemurah dapat mengembalikan kegemilangan Islam sama macam zaman nabi dulu.

So sekarang ni, close browser ni, pegi ambik buku, studi, jangan nak malas-malas ...... Study sampai boring... Semoga Allah bagi saya dan semua, kefahaman dalam agama. Moga semangat aku nak studi tu datang ballik.. asyik malas je bila nak berubah?

Assalamualaikum...